Sunday, April 17, 2011

Kiranya ku tahu...(1)

Kiranya kutahu hatimu bukan untukku….tak mungkin ku tunggu ke lewat ini….
Kiranya ku tahu cintamu untuk dia pasti kuundur diri…
Tp… kiranya kau tahu….sesungguhnya cintaku sepanas mentari…..


Tiba di pintu pagar asrama, Munira menuju ke kotak kad. Dibelek beberapa ketika. Sekeping kad yang terpampang gambarnya berukuran passport di sebelah kanan, di tarik keluar. Cepat-cepat dia melangkah ke bilik yang terletak di tingkat empat. Jenuh jugalah nak daki tangga.
Sampai, dia menuju ke bilik. Beg sandangnya di sangkut di kerusi. Fail pula di letak di meja.Uh! Munira melontar tubuh ke katil. Letih benar rasanya berebut-rebut naik bas tadi. Itulah, kalau duduk di kolej dalam kawasan kampuskan senang. Tak payah naik bas. Boleh berjalan saja ke kelas.
Atikah, teman sebiliknya yang mengambil jurusan akaun hanya memandang sahaja tanpa menegur. Tak pernah dia melihat Munira begitu muram. Selalunya gelak ketawa Munira akn kedengaran dulu sebelum dia sampai ke bilik. Riuh saja mulutnya menegur teman-teman lain yang duduk di bahagian depan biliknya. Atikah faham benar perangai temannya yang seorang itu kerana sejak mula masuk usm mereka telah di temptkan di bilik m04451
Tp hari ini…. apa agaknya yang merunsingkan fikiran Munira? Letih agaknya, Atikah membuat telahan sendiri. Matanya menghadap ke depan semula dan meneruskan assignment  yang masih bertimbun-timbun.
 “ Termenung!!!!!!!!!!!!!!”
Munira tersentak. Dia membulatkan mata pada Atikah.
“Ni ha…aku ambil dekat dewan tadi. Kesian juga kut-kut kau kebulur tengah malam nanti.” Atikah tersengih sambil meletakkan dua biji limau di atas meja Munira. Seketika, dia menuju ke almari. T-shirt dan track suit dikeluarkan. Baju kurung yang dipakai tadi disalin.. Memang menjadi syarat masuk dewan, kena papaki baju kurung.
“Thanks” Munira akhirnya bersuara. Tadi dia menolak ajakan untuk makan malam. Dia tak berselera. Lagi pun kenyang, dah banyak makan petang tadi.
“Dari pagi tengok kau dok termenung aje, apahal? Ha, nie mesti ingat pakwe nie” Atikah menduga. Dia turut duduk dikatil Munira.
“Pak we tak adalah… so tak ada siapa yang nak diingatkan.. lainlah Ati!” selamba sahaja Munira menjawab.
“Ish..dia mengelamun kita plak yang dikenakannya” Atikah memanjangkan muncungnya. Terus dia kemeja study.
Munira ketawa besar. Geli hati dengan perangai Atikah. Itulah, usik orang pandai, kalau terkena diri sendiri, tahu pulak nak marah.
“Ati”
“hmm… nak apa?” pandangannya dihala ke Munira.
“muncung tue lawalah… bleh pinjam?” Munira tersenyum nakal.
“Hii…. Tension aku dengan budak sorang nie” Atikah menjerit kuat. “Dah..dah.. kalau layan Nira sampai bila pun tak sudah… jangan nak mengarut lagi, pergi study, exam tak lama lagi…” Atikah membebel panjang.
“Baiklah mak …. Cik” Munira masih berlucu.
“ops… sorry ya, silap tue. Datin la, datin… bukan mak cik” Atikah bergurau.
Munira senyum “okeylah.. Datin mak cik, Nira nak pergi belajar nie… tlg jngn kacau Nira. Ya.”
“Dia yang kacau orang” Atikah tak puas hati. Munira tergelak lagi dan terus keluar untuk mencuci muka.
Atikah dah masak dengan kerenah teman sebiliknya. Nakal tak habis-habis. Tapi kadang- kadang terhibur juga dengan lawaknya. Ada masanya sakit juga hati kalau dia sahaja terkena. Walau apa pun dia tak menafikan tinggal sebilik dengan Munira mmg enjoy.

BERSAMBUNG.......

No comments:

Post a Comment