Monday, October 18, 2010

cinta padaku....

cinta pada Allah membawa mu mengenal pencipta...
cinta pada Rasul.. membawamu mengenal utusan Allah...
cinta pada al-quran membawa kamu mengetahui kebesaran tuhan...
cinta pada ibu membawa kamu ke syurga..
cinta pada ayah membawa kamu keberkatan di dunia..
cinta pada kekasih itu hanya sia2....








              cintaku hanya untuk insan yg pandai menghargai... bukan insan yg pandai mempersendakan....

Thursday, October 14, 2010

KHAS UNTUK INSAN YG KUSAYANG....

Hari Nie Birthday My father...
Happy Birthday ayah...
Semoga Panjang Umur..
Semoga dimurahkan rezeki...
Maafkanlah anakmu ini selalu wat silap...
selalu wat nakal...
I Love MY FATHER very much....
                             Nie gambar ayah aku, adik aku, N Danish.... aku syg mereka semua...

BiCaRa hAti sEOraNg PeReMpuAn...

puji-pujian buatmu Tuhan
Lantaran menjadikan aku seorang perempuan...
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam..
Dengan seindah kejadian insani...
Keunikan insani yg tersembunyi...
Dengan kecantikan dan keindahan...
Dengan keanggunan dan keayuan..
Dengan kelembutan dan keperibadian...
Juga dengan kesopanan dan kesempurnaan...


Akulah si tulang bengkok..
Yg kau gubah dengan kekuatan perasaan..
Mengatasi panjangnya akal fikiran..
sbg fitrah dan anugerah...
Pencipta segala makhluk bumi dan langit...
Hasil doa seorang bernama LELAKI...
Namun biarlah kejadian ku memberi guna...
Bengkok yg ada manfaatnya...
Mengundang bahagia dunia dan akhirat...


Kiranya aku menjadi seorang isteri..
Kurniakan aku kekuatan yg membolehkan aku..
Menjadi tulang belakan seorang suami.. 
Pengembang perjuangan di sayap kiri..
Diadun dengan kelembutan yg melayakkan aku...
Menjadi teman setia, penyejuk jiwa..
Seanggun peribadi Siti Khadijah...
Sumberketenangan Muhammad Utusan Allah...

Friday, September 24, 2010

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASAN

Daripada Ibnu Omar r.a berkata: Berhadap Rasullullah S.A.W. kepada kami ( pada suatu hari) kemudian beliau bersabda " Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya ( kalau kamu mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T semoga kamu tidak menemui masa
1) tiada terzahir penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berterus-terang melakukan kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak dikalangan mereka. Mereka juga akan ditimpa penyakit- penyakit yg belum pernah ditimpa umat-umat lalu.
2) dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dikalangan pemimpin mereka.
3)  dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka hujan dari langit.jikalau tiada binatang ( yang juga hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah.
4) dan tiada mereka mungkir akan akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, musuh itu akan merampas apa yang ada di tangan mereka.
5) dan apabila pemimpin- pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri...

keterangan

Lima maksiat dibalas segera
Dalam dunia sebagai dera
supaya insan insaf dan takwa
lalu meminta taubat nasuha..

1) bila zina zahir dan nyata, penyakit berat akan menimpa
2) sukat dan timbang tidak sempurna, zalim pemimpin pasti dirasa
3) bila zakat tidak diberi, kemarau panjang pasti dirasai
4) jangan mungkir janji Ilahi, nanti musuh datang menguji
5) syariat Allah pasti tegakkan, pedoman hidup jangan abaikan, cuai dan taqsir mengakibatkan, perang saudara merugikan...

Thursday, September 23, 2010

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

ingatkah dikau di dalam sejarah
sepasang mata menjadi hadiah
kenapa engkau mengikutku?
aku tertarik dengan kecantikanmu
jawapan yang cukup angkuh
namun mengundang seribu sesalan...
bila bungkusan merah diterima ditangan

Muslimat..
contohilah wanita itu
bukan dengan mencungkil matamu
tetapi dengan menjaga peribadimu
Wahai Muslimat,
aku sering tertanya...
bagaimana engkau masih sanggup...
memaniskan muka..
menghadiahkan senyuman..
meramahkan bicara...
kepada lelaki bukan muhrimmu...

Apakah engkau ini berani?
menguji jiwa lelaki..
yg memang dicipta oleh Allah
dahaga kepada keindahan wanita
walau sekadar muka yang manis...

Apatah lagi lelaki itu..
yang kau tahu cukup ego
menganggap wanita sebagai hidangan
yang boleh dibelek dan dipilih..

Benar...
wanita itu telah menemui ajalnya
namun diiringi keredhaan Illahi
dan keinsafan seorang lelaki
yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat..
inilah jalanmu..
lalu mungkin..
engkau akan melihat...
dikalangan remaja...
akan lahir Rijaludin
berjiwa perjuang
sebagaimana bangkitnya..
Da'i bernama Hassan Al- Basri
BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH..

*ini yang kuambil dari pembacaanku....harap dapat jd tauladan wat diriku dan sesiapa sahaja diluar sana bergelar MUSLIMAT...

Wednesday, September 22, 2010

Ambil ia jika perlu untuk hari depan

CARA MEMATIKAN DIRI SEBELUM MATI

Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa solat ini  adalah solat terakhir di dalam hidup kita, dan apabila selesai solat ini seolah- olah kita akan mati menghadap Ilahi. Disamping itu datanglah perasaan bahawa kita tidak akan berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia ini. Inilah cara paling afdhal untuk mematikan diri di dalam solat yang kusyuk

CARA MEMBUTAKAN MATA SEBELUM BUTA
Suful Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah
Terjemahannya: Pandanglah satu diantara banyak, pandanglah yang banyak hanya satu

Pertama, kedua biji mata hendaklah dipejam. Pandanglah ke atas, kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ke tengah- tengah batang hidung.

CARA MEMEKAKKAN TELINGA
Untuk melahirkan solat yang kusyuk, sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Ketika itu pendengaran zahir tidak kita hiraukan, malah pendengaran batin sahaja kita tahu iaitu suara hati yang membacanya.
Untuk mempraktikkan kita boleh cuba untuk menutup kedua mata.Kemudian baca surah al-Fatihah di dalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin, tentu akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara merdu. Itulah suara hati lebih indah daripada suara penyanyi diatas dunia ini.

CARA WALA 'ALIMUN
Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang kusyuk, iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita seseorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi kudrat Allah.

CARA WALA MUTHAKALIMUN
Di saat kita solat, tarik nafas dari pusat(perut) secara perlahan-lahan sambil hati membaca ayat sampai terasa berdenyut- denyut di ubun-ubun. Kemudian tahan sejenak. Nafas turun barulah lisan membacanya.

Monday, September 20, 2010

salam perkenalan

Hari pertama blajar wat blog n hari pertama tak tau nak tulis apa...
but thanks for my roomate sbb ajar aku yang buta it nie... n hope smua happy bila tngok blog aku... assalammualaikum...