Monday, February 28, 2011

kiSAh Hati..



knp pilih tajuk nie???????????????
sbb hati aku tak mcm aku punya senyum...
aku nak nangis..
tp tak siapa sudi bg bahu dia kat aku...
aku nak jerit n teriak..
tp tak sape nak dengar...
aku tak tau kat saper nak cakap...
kcuali kat YG MAHA ESA..
knplah mcm nie??????????????
hntahlah...
knkdang nak jer aku bg tau...
apa aku rasa...
dan apa yg bersarang kat dlm HATI nie...
tp aku tak mampu..
sbb aku pkir apa perasaan org tue..
nanti dia kcik hati plak..
lastly aku simpan..
lastly aku juga yg MENANGIS n TERLUKA...

Sunday, February 27, 2011

sAD N HAMpa....







*malam2 buta org nak tido nie tiba2 aku rasa nak wat entry....
knp??????????????????
sbb hati aku tiba2 rasa hampa......sedih... 
korang pernah rasa sedih tak klau korang ckp sesuatu or asking for something....
tp.....
org wat tak tau...
sedihkan...
mmg aku sedih...
klau susah nak lakukan.. tak pyah lakukan..
klau rasa aku nie menyusahkan just leave me alone...
hntahlah...
hati aku mmg hampa, kosong n sangat sedih ckrg.........................................

Kupejamkan mata ini
Mencoba tuk melupakan
Segala kenangan indah tentang dirimu
Tentang Mimpiku

Semakin aku mencoba
Bayangmu semakin nyata
Merasuk hingga ke jiwa
Tuhan tolonglah diriku

Chorus:
Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu
Apakah di sana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmu ....

Tak bisa aku ingkari
Engkaulah satu-satunya
Yang bisa membuat jiwaku
Yang pernah mati menjadi bararti

*Pernahkah kau merasa hatimu hampa.. pernahkah kau merasa hatimu kosong... buang saja semua kata cintamu....buang saja semua kata maafmu...  hancur sudah hati ini padamu...hancur sudah hasrat ingin bersamamu...

me....

my asgmnt for LSP 403- suruh cari quotation/ petikan ttg diri kta.... apa ek aku nak describe ttg aku... 
aku ckp kat sorang kawan aku nie...klau sruh cakap pasal dri kita, smua org akan cakap dia baik.. mna ada org nak cakap dia jahat... kwan aku pun gelak... tp.. bila pkir balik btullah.. tak ada org nak cakap dri dia jahat... ada ker pembunuh dah bunuh org nak pie heboh cakap satu dunia dia bunuh org... mesti tak adakan melain dia ada masalah mental...
jd...
nak mudahkan kerja aku.. aku pun tnyalah org yg terhampir ngan aku.. apalah pndapat diorang ttg aku... aku kta klau nak bg negative pun tak apa.. aku lg suka.. sbb mmg aku bukan budak baik pun... tp tak jugak jahat.. cuma aku nie nakallah...
first aku dapat dah tntu dari org yg paling aku syg.. my mum... mak kta aku nie budak2... tak mtg... gelak aku kat cnie.. rasanya mmg btul kot.. dan pling pnting stiap mak pasti akan rasa anak dia masih budak2 selagi anak dia tue tak jd istri org atau suami org... tp komen mak aku ttg aku.. rasanya mmg btul.. aku mmg tak mtg... mcm bdak2.. mak kata aku nie sensitif orgnya n sangat degil.. klau aku nak sesuatu, aku nak jugak, walaupun susah...itu rasanya mmg tepat.. klau aku tak dapat bnda tue, aku mmg akn berusaha sampai aku dapat... mak cakap aku nie bkn pndai wat kputusan.. rasanya itu pun btul... aku slalunya klau nak wat sesuatu msti tnya mak aku.... tak pun acu...tue pndapat mak aku..

aku tnya lg SOMEONE.... dia kta aku nie happy go lucky... n then seorang yg tak dijangka.. terdiam aku dengar dia ckp mcm tue.. aku tnya why kta mcm tue.. dia ckp coz klau dia buka fb aku.. ada jer bnda dia tak sangka ttg aku.. aku gelak... dia kta aku nie knkadang mcm mngganggu gak.. nie wat aku terdiam.. tp bila aku diam dia cpat2 dia cakap dia happy.. aku slalu wat dia senyum... tp btul kot apa dia cakap.. aku slalu ganggu dia.. ha..ha.. slalu gangu dia tuk dengar crita aku... yg rasa mcm budak2 nie.....tp thanks kat dia coz sudi beri pinjam tlinga dia tuk aku pinjam...

aku tnya kwan2 aku plak.. diorang kata aku nie cpat emo... cpat emo????????????? rasanya btul kot.. aku slalu nangis coz bnda2 yg kcik2.... aku mmg tak mampu nak than air mata aku nie.. knkadang bnda tue taklah besar mna tp aku menangis mcm aku sorang jer pling truk... contoh result exam, klau aku dpt truk dari org lain msti aku akn nangis.. tue sbb kwan2 aku kta aku emo , n mak pun kta aku sensitif.... ada sorg lg kta aku bukan org yg mudah nak maafkan org klau org tue dah lukakan hati aku.. btul ker??????????????????? 
tue aku kna pkir dlu....tp rasanya btullah kot... aku mmg mcm diorang cakap... 

tp yg aku tau... aku mmg tak sempurna.. bnyak kekurangan aku... rasanya tak ada lg kot bnda baik yg aku bleh cakap pasal dri aku... sbb aku mmg bukan seorang yg baik.. aku pnuh kekurangan.. dan aku harap aku akan sentiasa belajar dan improve dri aku tuk jd yg terbaik.....dan klau ada yg salah n silap aku, smua org berhak tegur..sbb kita manusia kat bumi tuhan nie kna sentiasa mengingati.....n thanks to my friends sbb komen pasal budak kecik nie... thanks sangat.. aku appreciate sangat.....

Saturday, February 26, 2011

our story part 3

lidah hentilah berkata..
mata kawallah pandanganku....
kerana aku tak ingin hati ini tersungkur lagi..
tp knp......
semakin aku cuba..
semakin susah untuk semuanya...
ku mula mngguna minda.... 
tp..
diri ini hnya manusia biasa...
yg bnyaknya melakukan tanpa minda disisi...
kini kugagahkan kaki ini berdiri..
demi sesuatu yg tak pasti...
tp aku yakin... 
andai semalam aku mampu menggapai pelangi..
mengapa tidak hari ini..
cuma ckrg ada bezanya..
dlu ada kamu bersamaku... 
dlu semua kisah...
kisah kita....
tp kini.. 
hnya tinggal aku...
tp... 
hati ini tak pernah putus berdoa...
agar aku mampu lg menggenggam pelangi kerana..
ingin kuhadiahkan pelangi itu pdmu...
tanda berakhirnya kisah kita...
kerna aku tak mampu lg ada disini...
kerna ia sudah tercatat sejak azali...

*again without use my word....

Nota Cinta Buat Bakal Suamiku......

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Miss Amy melalui Forum Tentang Cinta.

*tngah duk membelek asgmnt dan dngan mata yg sangat mengantuk... ku buka lman ini tuk mmbaca... mnghilangkan kebosanan.. dan ini antara cerpen yg kurasa sedap dan bnyak mmberi pngajaran....

Suami ImpianKU....

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrohmaanirrohim...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.

Duhai Suamiku...
Ketika engkau mencintaiku,engkau menghormatiku...
Dan ketika engkau membenciku, engkau tidak mendzalimiku.

Subhanallah...

Suamiku...
Engkaulah Suami yang aku impikan...

Aku masih ingat saat malam pertama kita, saat itu engkau mengajakku shalat isya' berjama'ah.
Setelah berdo'a engkau kecup keningku lalu berkata:"Dinda, aku ingin engkau menjadi pendampingku Dunia-Akhirat". Mendengar ucapan itu,akupun menangis terharu.

Malam itu engkau menjadi sosok seperti sayyidina Ali yang bersujud semalam suntuk karena bersyukur mendapatkan sosok istri seperti Siti Fatimah.

Apakah begitu berharganya aku bagimu sehingga engkau mensyukuri kebersamaan kita ini??
Dan malam itu, aku tidak bisa mengungkapkan rasa syukurku ini dengan ucapan.
Aku hanya bisa mengikutimu, bersujud di atas hamparan sajadah cinta.

Tanpa bisa aku bendung,airmata ini tiada hentinya mengalir karena mensyukuri anugerah Allah yang di berikan padaku dalam bentuk dirimu,, Duhai Suamiku...

Akupun berikrar,aku ingin menjadi sosok seperti Siti Fatimah, dan aku akan berusaha menjadi istri sebagaimana yang engkau impikan..

Dan ternyata sujud itu bukan hanya di saat malam pertama, setiap kali aku terbangun pada akhir sepertiga malam, kulihat engkau sedang bersujud dengan penuh kekhusu'an.
Aku kadang iri dengan keshalihanmu, engkau terlena dalam sujudmu sedang aku berbaring diatas kasur yang empuk dengan sejuta mimpi.

Suamiku,kenapa engkau tidak membangunkan aku? Padahal aku ingin bermakmum padamu agar kelak aku tetap menjadi istrimu di syurga. Aku hanya merasakan kecupan hangat melengkapi tidur malamku saat engkau terbangun untuk melakukan shalat malam.
Apakah kecupan itu sebagai isyarat agar aku terbangun dari tidurku dan melaksanakan shalat berjama'ah bersamamu? Atau karena engkau tidak tega membangunkan aku saat engkau melihat begitu pulasnya aku dalam tidurku??

Suamiku...
Aku yakin,dengan ketaatanmu pada agama,engkau akan membahagiakanku Dunia-Akhirat. Tidakkah agama kita mengajarkan bagaimana suami harus menyayangi istri, membuatnya bahagia, melindungi dan membuatnya tersenyum. Dan di sebaliknya, istri harus berbakti pada suami, melayani dan membuat suaminya terpesona padanya..

Suamiku...
Aku tidak peduli siapakah engkau, miskin dan kaya tidak ada bedanya bagiku.
Aku hanya tertarik pada sosokmu yang bersahaja dan sederhana.
Raut wajahmu yang penuh dengan keikhlasan membuatku ingin selalu menatapnya.
Lembutnya sifatmu membuatku yakin bahwa engkau adalah suami yang bisa menerima segala pemberian Rabb kita dan akan menyayangiku apa adanya.

Aku tidak peduli dengan rumah mungil dan sederhana yang engkau persembahkan untuk kita tempati bersama.
Rumah yang hanya terdiri dari ruang tamu, kamar kita,
dan satu ruangan yang berisi buku-buku terutama buku agama.
Namun dari rumah yang mungil ini,aku melihat taman Syurgawi menjelma disini.

Suamiku...
Aku yakin engkau adalah sosok suami yang tejun menimba ilmu dan memahami agama,
dan dengan bekal ini aku yakin engkau bisa membimbingku untuk meraih Jannah-NYA.
Sebagaimana agama kita mengisyaratkan bahwa, barang siapa berjalan di jalan ilmu,
maka Allah akan mempermudah jalan menuju surga.

Saat kulihat engkau begitu berbakti kepada kedua orang tuamu dan senang menjalin silaturrahim,
aku yakin engkau akan berlaku baik pada anak-istrimu.

Suamiku...
Aku lihat engkau jarang sekali bicara,tapi masyaAllah kalau sedang bekerja,
engkau menjadi sosok yang tekun dan ulet. Dan dari tutur katamu, aku mendengar kata-kata mutiara yang penuh hikmah,
sehingga yang tergambar dalam pikiranku adalah sosok Lukmanul Hakim,
sosok suami dan ayah yang selalu mendidik keluarganya, mengajarkan anaknya untuk tidak menyekutukan Allah.

Duhai Suamiku...
Sungguh aku bangga mempunyai suami sepertimu melebihi kebanggaanmu padaku...
Terima kasih suamiku, karena engkau telah membimbingku...

"Maka Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau dustakan..."???

  FROM:  Muslimah Sholehah

*ya Allah seandainya telah kau catatkan DIA milikku.. tercipta untukku satukanlah hatinya dengan hatiku... Seandainya DIA bukan untukku... kau temukanlah aku dengan ketenanganmu... Ya Allah engkau lebih mengetahui dari hambaMu ini....

Lelaki EgO.....


 Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


*jika korang pernah disayangi atau ada org menyayangi korang hargailah n hormati dia... dia may be bukanlah perfect tuk korang..tp... tak mustahil cbnrnya itu jodoh korang... dia mungkin bnyak kekurangan, dia juga my spt sebuah puzzle yg sukar untuk di cantumkan dengan korang, dia my be  sebuah masalah yg tak pernah selesai dalam hidup korang, dia juga my be seseorang yg slalu menyakiti hati korang, atau my be seorang yg selalu mengacau atau korang rasa terganggu dengan dia.. 
tp.. pernah tak korang terpikir..
satu hari dia tak ada..
yg ada hanya dua nisan...
masa tue korang nak wat apa???????????
menangis airmata darah pun tak ada guna...
masa tue korang baru sedar dia PERMATA... 
yg korang tak nmpak kilauannya...
masa itu hnya al-fathihah dan ayat suci al-quran sahaja penghubung korang dan dia..
jd hargailah org yg ada bersama anda KERANA mereka semua munkin akan PERGI tanpa kita sedari... 

 

My lovely buaH hAti.....

assalammualaikum... korang ada buah hati tak.. yg korang syg sangat2.. bila korang tngok korang happy..i got 9 buah hati... mereka semua comel2....  ckrg.. aku rindu sangat2 kat diorang.....sangat rindu.... nak balik.... tp sangat busy dengan asgmnt yg melambak...so... tuk hilangkan kerinduan yg bersarang disudut hati nie aku pun tngok gmbar diorang n me put in my blog.... comel tau diorang semua.....

 nie buah hati yg pertama... nama dia AHMAD DANISH....comelkan....
 nie buah hati yg kedua...AHMAD DARWISH..... nie muka paling serius...ha..ha...
 nie buah hati yg ketiga... LYA ZAFIRAH.... comelkan......
 nie buah hati yg keempat..... AMIR ASHRAFF... comel.. mcm muka ayah dia...
 nie buah hati yg kelima.. ARISYA..... comelkan..aku pling suka rambut dia.. klasik...
nie buah hati yg keenam... IDA HARYANI.... mmg cute n comel budak sorng nie... mcm mak uda n pak uda aku....
yg ketujuh... AKHIL MALIK.. yg ke 8 ZAKWAN DANISH...anak mak tam aku... n yg ke 9 yg pling kcil... bru lahir... ADHA...  aku pun tngok baru dua kali kot.....tp aku tak ada gambar mreka.. ... takpe.. nanti klau ada i put in my blog...
merekalah semua buah hati aku...... sepupu aku yg comel2.......yg lain comel gak..tp dah besar2..ha..ha..

*rindu mereka smua... bilalah nak balik..n for ayien my sepupu.... aku hope dapat kputusan bgus tuk spm.. bleh blajar kat cnie tman alg..ha..ha..

Friday, February 25, 2011

Cinta iNi mEmbuNuhKu...

masa tngah wat asgmnt yg tak siap2 nie... aku terdengar lagu nie...... rasa sayu hati nie bila dengar lagu nie.. tiba2 teringat kat SOMEONE/ my 'bantal busuk'... sedihlah plak... tp nak wat mcmna... bila pkir balik.. bnyak perbezaan..n bnyak kekurangan dri ini....so... just forget it... simpan jer dlm hati.. biar jd rahsia pling dalam sampai aku dah tak ada kat muka bumi nie......fokus jer kat apa yg aku nak capai.. segengam ijazah..dapat kerja.. tak kisah kerja apa..n make my family happy... n for everyone enjoy this song....

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.

 Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.
[Reff:]
Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Woo… Hu~u… Haa…
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

*best sangat....  hope semua enjoy.....

bila PeNa hatiku mula berBicara....

Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

 dari: Princess Roseleeny Saari
 * ya Allah aku telah bnyak melakukan dosa... semakin bnyak kuhimpun dari hari ke hari... seandai dia jodohku dekatkan hatinya dengan hatiku.. ttp seandai dia bukan milikku.. temui aku dengan ketenanganmu... sesungguhnya engkau lebih mengetahui dari hambamu ini.....aku hnya manusia yg mampu mnyerah semuanya pada DIA... aku tak mampu melakukan apa2 kerana aku seorang perempuan dan seorang yg dirantai hatinya....

Thursday, February 24, 2011

SeNyum...

setenang air dikolam...
begitu wajahmu....
namun dari riak mata...
ku dapat membaca... 
ada garis keresahan... jiwa yg tertekan....
seperti engkau juga..
ku tahu erti duka...
seperti spt engkau alami..
ku tahu erti sepi....
pedihnya keyakinan dipersiakan....

1. Senyum membuat Anda lebih menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.
Orang yang selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman. Dipastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan
Jika Anda sedang sedih, cobalah tersenyum.
Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut penelitian, senyum bisa memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah..

3. Senyum menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia

4. Senyum menghilangkan stres
Stres bisa terlihat di wajah.
Senyuman bisa menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika anda stres,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imunitas.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.
Fungsi imun tubuh bekerja maksimal saat seseorang merasa rileks.
Menurut penelitian, flu dan batuk bisa hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Coba Anda mencatat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum saat diperiksa.
Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin
Senyum ibarat obat alami.
Senyum bisa menghasilkan endorphin,pemati rasa alamiah, dan serotonin.
Ketiganya adalah hormon yg bisa mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot .
Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan sukses
Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri,terkenal, dan bisa diandalkan.
Pasang senyum saat rapat atau bertemu dengan klien.
Pasti kolega Anda akan melihat Anda lebih baik.

10. Senyum membuat orang berpikir positif.
Coba lakukan ini : pikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah.
Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim sinyal "hidup adalah baik".
Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah

Manis wajahmu kulihat disana...
apa rahsia yg tersembunyi... 
tp... 
zahirnya dapat kulihat...
manis wajahmu dengan senyuman....

*mulai hari nie bnyak2kan senyuman walaupun susah nak SENYUM...
FROM: FACEBOOK....

Wednesday, February 23, 2011

ukraine- IM...

For my im asgmnt, ukraine jd destinasi.... ukraine.. apa ek nak cter pasal negara nie...yg mengikut pembacaan yg serba sedikit nie negara nie negara eropah timur....Ia bersempadan dengan Russia timur, Belarus ke utara, Poland, Slovakia dan Hungary ke barat, Romania dan Republic Medolva di tenggara, dan Laut hitam dan Laut Azov di setatan.Bandar Kiev (Kyiv) merupakan ibu negara Ukraine. n then bnyak lagilah pasal ukraine nie... tp yg aku tau dia sebuah negara yg cantik...dan kat cnie aku nak kongsilah ckit apa yg aku dapat dari internet ttg perkara apa yg bleh wat kat ukraine tue n apa tak bleh wat...



Ukrainian Etiquette Tips

In Ukraine, never leave an empty bottle on a table, because it's considered bad luck. Ukrainians tend to be somewhat superstitious, so some of their etiquette stems from their superstitions. Another big no-no in Ukrainian etiquette is greeting someone over a threshold. It will bring bad luck to your guest. Yikes!

Ukrainians are very friendly and welcoming to guests to their country. One thing that Ukrainians value is blending in. In fact, children are often taught to "be like everyone else" by their parents! So, as a guest to Ukraine, you should abide by this as well and learn a bit about their etiquette so you can fit in, too!

1. Dress Attire

  1. DO dress formally for business situations. Men should wear suits with a white shirt and women should wear a suit or dress.
  2. DON'T wear shorts unless camping or hiking.
  3. DON'T wear shorts and a t-shirt if going to a church, theater, concert, or an upscale restaurant.
  4. DON'T wear sneakers unless partaking in sports.
  5. DON'T wear a hat at a church, home, office, or restaurant.

2. Table Manners

  1. DO partake in toasts. Toasting is a very important part of Ukraine's social culture.
  2. DO be prepared with an excuse if you don't drink. If you don't drink alcohol, blame it on an medical problem. Ukrainians can sometimes be suspicious of people who don't drink.
  3. DON'T clink glasses during a toast if you aren't drinking alcohol.
  4. DON'T eat until the host invites you to begin.
  5. DO rest your wrists at the edge of the table.
  6. DON'T refuse a dish. Try everything and save room for seconds. Turning down food could be seen as rude.
  7. DON'T leave an empty bottle on a table. It's considered bad luck.

3. Tipping

  1. DO tip about 15% at a restaurant but make sure the gratuity wasn't included in your bill.

4. Gift giving and Accepting Gifts

  1. DON'T open a gift upon receipt. Open it later.
  2. DON'T give yellow flowers or bouquets of flowers in an even number. Even numbers of flowers are for funerals.
  3. DON'T feel the need to give an expensive gift. Thoughtfulness is the most important thing.
  4. DON'T give white Easter lilies. They are for funerals.
  5. DO wrap the present nicely.
  6. DO give tickets to an opera or concert, if you can obtain them. It would really impress the recipient!

5. Body Gestures

  1. DON'T make a fist with your thumb in between your middle and index finger. It's considered a very vulgar gesture.
  2. DON'T tap your temple with your index finger. It means "crazy."
  3. DON'T gesture to someone with your index finger. That is only acceptable if beckoning a little kid or a dog.
  4. DON'T stand with your hands in your pockets.
  5. DON'T ever hand anything or shake hands over a threshold. It's considered really bad luck.

6. Greetings

  1. DO greet with a strong handshake along with direct eye contact.
  2. DO know the more informal greetings. Close female friends will cheek kiss three times, starting with the left cheek. Close male friends pat each other on the back and hug.
  3. DON'T shake hands over a threshold.
  4. DON'T shake hands with gloves on. Remove them first.

7. Visitors Etiquette

  1. DO take your shoes off, and make sure your socks don't have holes in them!
  2. DON'T put your feet on the furniture.
  3. DO bring a gift such as dessert, wine, flowers, or something from your hometown.
  4. DO bring a gift for the children.
  5. DO dress casually.

8. Business Meeting

  1. DO have one side of your business card translated into Ukrainian.
  2. DO include any advanced academic degrees on your business card.
  3. DO expect business meetings to occur during meals, including meals at a Ukrainian's home.
  4. DO be patient and realize that doing business in the Ukraine can take longer than what you might be used to.
  5. DO engage in small talk in the beginning of a meeting. Safe topics include computers, cars, and soccer.
  6. DO be punctual.
  7. DO make appointments as far in advance as you can. Ukrainians take last-minute meetings less seriously.

9. Socializing and Conversation

  1. DON'T confuse Ukraine with Russia or Ukrainians with Russians.
  2. DO understand that feminism is a little behind in Ukraine. Married women are taken more seriously than single women, and men still hold most of the high ranking jobs. Men will usually hold a door open for women, pour their drinks, light their cigarettes, etc.
  3. DO understand that smoking is common in Ukraine. If you smoke, it's polite to offer cigarettes to those around you.
  4. DO behave conservatively when in public. Don't be too loud.
  5. DON'T discuss politics.
  6. DON'T use slang or profanity.

10. Photo Etiquette

  1. DO ask permission before photographing someone. Some ethnic groups may decline due to religious reasons and gypsies may try to charge you money.
Throughout your trip to Ukraine, your best bet is to act somewhat conservatively and follow the behavior of those around you. If someone initiates a toast, take part in it. If going to a Ukrainian's home and you notice their shoes are off, take your shoes off, too. You'll catch on before you know it! Have a wonderful trip to Ukraine. 

hmm.. bnyak lg cbnrnya ttg ukraine nie yg aku perlu tau... sbb bnyak lg yg aku tak tau.. bila blajar im nie bnyak yg dapat aku blajar ttg negara luar.. klau tak rasa mcm katak bawah tempurung.. ha..ha.. anyway klau ada apa2 info yg aku baca lg... aku kongsi.. insyaallah... pray for me n my friends bleh ciapkan asgmnt nie dengan jayanya n dapat carry mark yg bagus2.... insyaallah.....


 Yalta-ukraine... cantikkan??????????????
 Odessa-ukraine.....cantik....
mana ukraine???????????? cuba cari...bu..hu...
Poltava-ukraine- cantikkan....

hmm... cantik negara nie.. tue sebab me choose this country..... n thanks pd aizul, shukri, Li, kak farha sbb dengan jayanya menyiapkan asgmnt atw 401.. tahniah tuk kita semua....