Sunday, December 11, 2011

LakoNan dan AkU mmg tak BOLEH jd saHABat BaiK..(T_T)

assalamualaikum...
korang aku nak tnya... korang tau tak saper-saper yg pandai berlakon???????????????? serius aku tak ada bakat tue....bukan setakat tak ada bakat malah aku mmg TAK PANDAI nak berlakon.. apatah llg klau watak tue seorang wanita berusia 50 tahun, yg dimana dia kehilangan anak dia n suami dia ada wanita lain... serius aku tak tau mcmna nak menjiwai watak aku.. mcmna nie????????????????????????


ada sesapa tak bleh tlg aku??????????????????????


Puan Laila berumur 50 tahun dan seorang surirumah. Minggu lalu, suaminya selama 25tahun memberitahunya bahawa dia telah ada wanita lain dan ingin bercerai. Pun Laila sebatang kara. Anak tunggalnya meninggal dunia 6 bulan yang lepas.

Kaunselor: assalamualaikum

Puan Laila: waalaikumsalam.

Kaunselor: puan Nampak murung? Boleh saya tahu kenapa?

Puan Laila: encik, saya mempunyai masalah tp tidak tahu pada siapa untuk saya luahkan masalah ini.

Kaunselor: saya faham bukan mudah untuk menceritakan masalah kita pada org lain. Puan boleh luahkan perasaan pada saya kerana sepanjang sesi kaunseling ini dijalankan kita akan mengikut etika-etika kaunseling yang telah ditetapkan. Sebelum kita meneruskan lebih lanjut sesi kaunseling ini,  izinkan  saya menerangkan serba sedikit tentang prosedur dan etika kaunseling yang perlu dipatuhi. (menggalakkan klien bercakap)

Puan Laila: baiklah… saya setuju..

Kaunselor: Etika kaunseling ini adalah digunakan dan dilaksanakan demi melindungi klien daripada amalan  tidak beretika. Antara perkara penting dalam etika ini adalah kerahsiaan. Jadi puan tak perlu risau kerana di dalam apa yang puan ceritakan sepanjang sesi kaunseling ini adalah rahsia. Walaupun begitu ada beberapa sebab yang membolehkan rahsia klien didedahkan. Untuk mengetahui etika ini puan boleh membaca peraturan dan etika kaunseling ini. jika puan bersetuju, puan boleh tanda tangani surat perjanjian kerahsiaan ini. Untuk pengetahuan puan, tanggungjawab saya adalah untuk mendengar dan memberi pendapat tentang masalah yang puan hadapi supaya puan lebih melihat potensi diri ke arah mencapai kesejahteraan hidup. (penerangan tentang etika kaunseling)

Puan Laila: baiklah…(sambil tngok kertas). Saya bersetuju.

Kaunselor: Jika puan bersetuju, kita akan berkaunseling selama sepuluh sesi, dimana setiap sesi selama sejam dan akan dilakukan seminggu sekali. Mengenai pembayaran pula, saya mengenakan bayaran sebanyak RM  setiap sesi kaunseling.

Puan Laila: saya bersetuju dengan semua yang Encik tetapkan.

Kaunselor:jika puan telah bersetuju denga semua yang telah ditetapkan bolehlah kita mulakan sesi kaunseling ini sekarang. Puan kata, puan datang ke sini kerana mempunyai masalah, boleh puan ceritakan apa masalah puan sebenarnya? ( kemahiran keizinan bercakap)

Puan Laila: sebenarnya encik, saya mempunyai masalah rumah tangga. Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai pendapatan sendiri kecuali hanya bergantung kepada suami. Saya tidak bekerja kerana sebelum ini suami saya tidak benarkan. Hal ini disebabkan suami saya mahu saya memberi sepenuh perhatian menguruskan rumah tangga. Suami sayaberjanji akan memberi nafkah pada setiap bulan untuk membeli barang keperluan. Tetapi semenjak kebelakangan ini saya lihat suami saya seolah-olah telah berubah. Dia sudah jarang pulang ke rumah dengan alas an sibuk bekerja. Dia juga tidak ada dirumah pada hujung minggu serta makin kurang meluangkan masa bersama keluarga.

Kaunselor: okay saya faham.(penggalak minima)

Puan Laila: Tetapi paling menyakitkan ialah apabila baru-baru ini suami saya yang hidup bersama saya selama 25tahun ini mengatakan dia mempunyai wanita lain yang lebih muda dari saya. Dia juga turut menyatakan dia ingin menceraikan saya. Saya merasa amat tertekan apatah lagi paling menyedihkan enam bulan yang lepas, anak tunggal saya meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Hal ini menyebabkan saya rasa saya sebatang kara dan tidak mempunyai sesiapa lagi didunia ini.

Kaunselor: oh… puan ada masalah rumah tangga, dimana puan seorang suri rumah yang tidak bekerja dan hanya bergantung kepada suami. Baru-baru ini suami puan mempunyai wanita lain dan ingin menceraikan puan dan puan juga turut tertekan kerana anak tunggal puan baru menuggal dunia. (kemahiran meringkas). Boleh saya tahu bagaimana hubungan puan dengan suami sebelum anak puan meninggal dunia? (soalan terbuka)

Puan Laila: sebelum anak saya meniggal dunia hubungan saya dan suami amat baik. Dia seorang yang bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.dia juga seorang suami yang penyayang, dan tidak pernah pualang lewat ke rumah. Dia selalu ada masa untuk kami sekeluarga. Tetapi semenjak anak saya meninggal dunia perlakuan suami saya terus berubah. Saya berasa sedih apabila anak saya meninggal dunia dan suami saya pula boleh mencari wanita lain. Saya merasakan hidup saya sekarang umpama jatuh ditimpa tangga.

Kaunselor: oh… Puan merasa sedih dan kecewa kerana suami puan mempunyai wanita lain dan anak puan pula meniggal dunia.( kemahiran mereflek)

Puan Laila: Saya dapat tahu yang perempuan yag dimaksidkan oleh suami saya itu merupakan seorang janda yang mempunyai 3 orang anak dan dia juga merupakan seorang wanita yang bekerjaya berbeza dengan saya yang tidak bekerja dan mempunyai banyak kekurangan ini.

Kaunselor: oh… ok…hmm…( penggalak minima) apa kah yang terlintas di fikran puan apabila suami puan memberitahu bahawa dia mempunyai wanita lain?( kemahiran menyoal tentang fikiran)

Puan Laila: apabila saya mengetahui suami saya mempunyai wanita lain saya berasa amat marah kerana disaat saya perlukan dia untuk mengubati hati saya yang sedih kerana kehilangan anak tunggal kami, dia pula mempunyai wanita lain. Tetapi saya tidak kisah jika dia ingin berkahwin tetapi dia mestilah berlaku adil.

Kaunselor: puan kata puan marah kerana dia mempunyai wanita lain tetapi dalam masa yang sama puan benarkan dia berkahwin lain.( membuat konfrontasi)

Puan Laila: bohonglah kalau saya kata saya tak marah tetapi sebagai seorang isteri yang tidak mempunyai 
sesiapa lagi di dunia ini jadi saya redha jika dia ingin berkahwin lain.

Kaunselor: boleh saya buat satu pemerhatian, saya Nampak walaupun puan redha suami puan berkahwin lain tetapi puan seperti tidak rela hidup bermadu.(kemahiran maklumbalas)

Puan Laila: saya redha untuk hidup bermadu kerana pada saya, saya tidak punyai pilihan lain. Dan pada usia sebegini apalah kerja yang saya boleh buat untuk menanpung kehidupan saya. Saya merasakan jika dia memceraikan saya, saya tiada tempat untuk bergantung dan saya akan berasa lebih sunyi alam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kaunelor: nampaknya puan mempunyai beberapa masalah tentang:
1)      Suami puan ingin berkahwin lain
2)      Suami puan ingin menceraikan puan
3)      Puan tiada tempat bergantung untuk meneruskan hidup sekiranya suami puan menceraikan puan.
Daripada masalah-masalah yang disenaraikan ini, yang mana satukah puan mahu focus atau ingin selesaikan terlebih dahulu?( kemahiran membina matlamat)

Puan laila: Saya tak mahu suami menceraikan saya kerana saya tak mahu kehilangan tempat bergantung untuk meneruskan hidup.

Kaunselor: Jikabegitu saya akan tunjukkan kepada puan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini. Puan perlu dengar dan perhatikan dengan teliti tona suara dan perkataan-perkataan yang akan saya gunakan. Selepas ini puan boleh mencubanya.
“ abang, saya tidak kisah jika abang ingin berkahwin lain tetapi saya harap abang tidak akan menceraikan saya kerana saya sayangkan perkahwinan yang telah kita bina selama 25 tahun ini. saya juga berharap abang berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab abang.”(kemahiran melatih/ meendemontrasi)

Puan Laila: “ abang, saya tidak kisah jika abang ingin berkahwin lain tetapi saya harap abang tidak akan menceraikan saya kerana saya sayangkan perkahwinan yang telah kita bina selama 25 tahun ini. saya juga berharap abang berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab abang.”

Kaunselor: Nampaknya puan sudah menyelesaikan masalah puan apa kata kita menamatkan sesi kaunseling 
kita pada minggu hadapan.

 Puan Laila: Baiklah.

 Kaunselor: sesi minggu hadapan adalah sesi terakhir kita berkaunseling boleh kita gunakan sedikit masa untuk kita membantu puan untuk mengembangkan dan membantu menguruskan masalah puan.(menyediakan klien ke arah penamatan)

Puan Laila: hmmm…

Kaunselor: ini adalah sesi terakhir dimana kita berkaunseling, puan datang dengan masalah rumah tangga dimana suami puan ingin berkahwin lain dan dia juga ingin menceraikan puan. Sepanjang sesi kaunseling selama 10 sesi ini, saya Nampak ada banyak perubahan positif pada diri puan.dulu puan selalu murung dan sedih, tetapi kini puan kelihatan ceria dan proaktif. Puan telah belajar kemahiran-kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan efektif dan saya Nampak puan telah Berjaya menggunakannya.( penamatan)

Puan Laila: Ya Encik, Saya berasa lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk meneruskan hidup. Walaupun suami saya berkahwin lain, dia tetap memberi nafkah kepada saya seperti dahulu lagi.

Kaunselor: Walaupun kaunseling kita tamat pada hari ini, tapi kita masih boleh berjumpa. Puan mempunyai nombor saya dan puan boleh menghubungi saya sekiranya puan mempunyai masalah. Selepa ini, puan boleh menulis jurnal atau laporan tentang interaksi puan dengan suami setiap hari setelah tamat kaunseling . Pada sesi susulan, iaitu sebulan kemudian, puan boleh berkongsi laporan atau jurnal yang puan tulis dengan saya.( kemahiran menyusul)

Puan Laila: Terima kasih encik.

Kaunselor: sama-sama.


*nie skrip kumpulan aku.. dan PUAN LAILA tue saper lg kalau bukan aku.. mmg aku BERTUAH sangat sbb terpilih jadi dia.. serius aku tak tau nak bawak watak tue.. aku sangat perlukan cikgu lakon.... TENSIONNYA.....(t_t)

No comments:

Post a Comment