Thursday, September 15, 2011

KISAH TIGA LELAKI DALAM MAJLIS ILMU….

Dari akhbar berita harian bertarikh 15 ogos 2011…
Daripada Abi Waaqid Allaithy menceritakan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam majlis ilmu di masjid bersama sahabatnya, datang tiga lelaki, lalu dua orang terus menyertai majlis ilmu itu manakala seorang lagi berlalu begitu sahaja (tanpa menyertai).
Sewaktu kedua-dua orang itu berada dekat halaqah, salah seorang daripada mereka terlihat ruang kosong lalu dia duduk disitu manakala seorang lagi duduk jauh di belakang.
Apabila Rasulullah SAW selesai mengendalikan pengajian lalu baginda bersabda “ mahukah kalian aku khabarkan mengenai hal orang bertiga itu? Yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu , maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia merasa malu (tidak bersunguh-sungguh) maka Allah juga malu daripadanya ( yakni tidak member ilmu yang banyak ) dan yang ketiga  itu dia berpaling dari Allah maka Allah berpaling  daripadanya…

cerita ini banyak memberi pengajaran kepada saya yg bergelar pelajar.. jadi bila pergi ke kelas ikhlaskanlah hati dan jngnlah ada perasaan MALAS tue.. supaya Allah mempermudahkan ilmu itu masuk ke hati dan akal kita..... 

No comments:

Post a Comment