Saturday, March 26, 2011

Schizophrenia

Pengenalan

Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan, nyanyuk dan multiple sclerosis. Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia, ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.

Tanda dan gejala

  1. Gangguan Pemikiran
    • Delusi:
      • Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya, percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin, hantu atau keramat, percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
      • Sukar untuk menumpukan, membentuk dan mengekalkan arus pemikiran. Pertuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan
  2. Gangguan persepsi
    • Halusinasi:
      • Persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain
  3. Gangguan tingkah laku
    • Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah.
    • Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengan baik. Menarik diri dari berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)

Komplikasi

Sekiranya tidak dirawat, ia akan berubah ke peringkat schizophrenia yang kronik. Seseorang itu akan hidup menyendiri di dalam dunianya sendiri, tidak menghiraukan kebersihan dirinya(tidak mahu mandi, tidak mahu memberus gigi dan tidak mahu menukar pakaian), tidak ada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, tidak dapat merasakan atau mengeluarkan perasaan (tidak ada riak muka)

Rawatan

Satu penilaian yang lengkap dan teliti oleh pakar psikiatri adalah perlu sebelum rawatan dimulakan.
  • Rawatan ubat-ubatan psikotropik merupakan rawatan utama pada masa sekarang.
    • Ubat-ubat ini membantu mengawal tanda-tanda penyakit schizophrenia
    • Ubat-ubat ini mestilah diambil sepertimana yang diarahkan oleh doktor
    • Ubat-ubat ini hendaklah terus diambil walaupun keadaan penyakit telah pulih.
    • Rawatan ubat-ubatan ini perlu diambil untuk jangka masa yang lama kerana kemungkinan penyakit schizophrenia untuk berulang kembali adalah tinggi terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit.
    • Doktor akan menasihati anda tempoh lama mana anda perlu terus mengambil ubat.
    • Janganlah teragak-agak untuk berbincang dengan doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda ambil.
  • Kaunseling individu
    • Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu anda meningkat keyakinan dan jati diri.
  • Terapi Berkelompok
    • Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit schizophrenia duduk bersama-sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
  • Pendidikan Kesihatan
    • Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya, cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan upaya ianya tidak berulang kembali.
  • Terapi Keluarga
    • Membantu ahli-ahli keluarga menangani stres semasa hidup bersama pesakit schizophrenia.
.

Pemulihan

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan Psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan cara kerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

*banyaknya nak kna baca... walaupun ada someone dah sudi ajar... tp stay rasa mcm tak cukup lagi....hmm... mcmna nie........T_T......


this peringatan pada semua yg sudi baca.... jngn terlalu memikirkan ttg dri sendri.. kita kna pkir org lain gak...
knkadang org yg korang tak suka tue berusaha tuk jaga hati korang... tp korang bukan tahu pun..
so hormatilah mereka walaupun kita tak suka dia.. siapa kita untuk kta kita tak suka org.. Allah pun tak 
pernah membenci hambanya walaupun hambanya slalu wat salah... slalu tak bersyukur..
kita nie manusia harus sabar, senyum jer... walau kita tak suka layanlah org itu sebaik mungkin..
kerana satu hari nanti jika kita susah, mna tau org tue akan tlg kita..
biarlah org nak kata kita hipokrit, tapi tak salah klau kita hipikrit tp kita jaga hati org..
dari kita wat org nangis.. bangga ker sbg manusia yg juga srba kekurangan.... kita wat
org nangis.. dan tnya pa salah dia.... so renung2kanlah... kita nie manusia.. hidup pun ada
had limitnya.. mna tau lagi satu saat kita mati.. tak sempat nak mintak maaf kat dia..
so... jagalah hati org kat sekeliling anda walaupun hati anda terluka... kerna menyesal dikemudia hari tak brguna.... hargai mereka....terima kasih (*_*)...

No comments:

Post a Comment