Wednesday, September 22, 2010

Ambil ia jika perlu untuk hari depan

CARA MEMATIKAN DIRI SEBELUM MATI

Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa solat ini  adalah solat terakhir di dalam hidup kita, dan apabila selesai solat ini seolah- olah kita akan mati menghadap Ilahi. Disamping itu datanglah perasaan bahawa kita tidak akan berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia ini. Inilah cara paling afdhal untuk mematikan diri di dalam solat yang kusyuk

CARA MEMBUTAKAN MATA SEBELUM BUTA
Suful Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah
Terjemahannya: Pandanglah satu diantara banyak, pandanglah yang banyak hanya satu

Pertama, kedua biji mata hendaklah dipejam. Pandanglah ke atas, kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ke tengah- tengah batang hidung.

CARA MEMEKAKKAN TELINGA
Untuk melahirkan solat yang kusyuk, sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Ketika itu pendengaran zahir tidak kita hiraukan, malah pendengaran batin sahaja kita tahu iaitu suara hati yang membacanya.
Untuk mempraktikkan kita boleh cuba untuk menutup kedua mata.Kemudian baca surah al-Fatihah di dalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin, tentu akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara merdu. Itulah suara hati lebih indah daripada suara penyanyi diatas dunia ini.

CARA WALA 'ALIMUN
Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang kusyuk, iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita seseorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi kudrat Allah.

CARA WALA MUTHAKALIMUN
Di saat kita solat, tarik nafas dari pusat(perut) secara perlahan-lahan sambil hati membaca ayat sampai terasa berdenyut- denyut di ubun-ubun. Kemudian tahan sejenak. Nafas turun barulah lisan membacanya.

No comments:

Post a Comment