assalamualaikum...
hntah knp.. tiba2 hati nie nak sangat baca blog itu.. dah lama tau dah... cuma...
munkin tak ada masa untuk membacanya... apabila...
tngah otak perlukan rehat saya membaca dan that what i read.....&...
lawatilah blog nie kalau ada masa.. bnyak infoberguna....
http://perkahwinan-islam.blogspot.com/2009/11/6-pemilihan-jodoh.htmlIsteri merupakan pasangan hidup sehidup semati dan teman perkongsian segala suka dan duka. Amat penting sebelum memilih bakal isteri yang terbaik, perlu kepada pemilihan mengikut panduan yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik-baik jodoh yang bakal dijadikan isteri ialah yang dapat memenuhi nilai-nilai maknawiyah dan jasmaniyah, tetapi jika tidak didapati maka nilai-nilai maknawiyah itu mestilah diberi keutamaan berbanding dengan nilai jasmaniyah. Pemilihan jodoh ini juga bukanlah khusus kepada lelaki, namun kaum wanita juga perlu kepada pemilihan jodoh bakal suami
Di antara ciri-ciri utama yang dianjurkan dalam pemilihan jodoh ialah:
1. Yang beragama dan berakhlak mulia
Yang dimaksudkan dengan agama di sini ialah bukanlah agama Islam semata-mata tetapi menghayati prinsip-prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak dan perlakuan yang mulia.
2.Bersifat pengasih dan penyayang
Sebaik-baik wanita ialah mereka yang pengasih dan penyayang, mampu memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Wanita yang kasar, pendendam dan pemarah tidak akan dapat menjadi seorang isteri yang baik dan mampu meneruskan hidup dengan suami dan kehidupan berumah tangga akan menjadi tidak selesa. Begitu juga dengan suami, mereka perlu bersifat pengasih dan penyayang serta pandai mendidik isteri dan anak-anak bersesuaian dengan keadaan.
3. Boleh melahirkan zuriat
Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung dan memperkembangkan zuriat. Maka, bakal suami dan isteri perlulah mampu dari segi zahir dan batin serta boleh memperkembangkan zuriat. Kehidupan tanpa anak-anak akan sunyi dan tidak bahagia.
4. Masih perawan
Yang dimaksudkan di sini ialah wanita yang bersih dan belum biasa mengenali permainan cinta lebih baik daripada janda yang telah biasa dengan permainan asmara kecuali pada keadaan tertentu.
5. Keturunan yang baik
Bukanlah di sini bermaksud keturunan bangsawan ataupun hartawan tetapi keturunan yang yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yang mulia.
6. Tiada jurang perbezaan yang besar
Seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri. Perbezaan yang jauh daripada aspek yang dinyatakan tadi akan menyukarkan lahirnya keserasian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh kerana itu beberapa mazhab mensyaratkan adanya kufu'(setaraf) antara calon suami dan isteri.
7. Bukan keluarga yang terdekat
Perkahwinan dengan keluarga yang terdekat seperti sepupu kurang digalakkan kerana ianya tidak dapat membina jaringan keluarga yang lebih luas. Sebaiknya, calon suami dan isteri datangnya daripada keluarga yang jauh seperti perumpamaan benih pokok jika dicantumkan dengan baka yang berlainan akan melahirkan baka yang baik. Antara hikmah perkahwinan dengan keluarga yang jauh ialah antaranya dapat melahirkan zuriat yang sihat sama seperti benih pokok itu tadi.
Itulah antara ciri-ciri pemilihan jodoh mengikut pendapat penulis berdasarkan kepada penelitian kepada kehidupan berkeluarga secara realiti dan panduan yang telah diberikan oleh syariat Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi yang menetapkan adalah Allah S.W.T. sendiri. Sebaik mana pun perancangan manusia, tetapi perancangan Allah S.W.T. lebih baik lagi. Semoga dengan ikhtiar dalam pemilihan jodoh ini akan memberikan kebahagian kepada kehidupan berkeluarga dan dalam membina masjid dalam hidup akan kekal hingga ke akhir hayat. Apa yang penting ialah perlunya kepada hubungan yang dekat dengan Allah S.W.T. serta baiknya hubungan dengan keluarga terdekat serta semua masyarakat. Doa sebagai pemandu arah dalam kehidupan suami isteri. InsyaAllah...
(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)
No comments:
Post a Comment