Sunday, April 17, 2011

Kiranya ku tahu...(2& 3)

Dari dulu Anuar memang meminatinya. Dia tahu tetapi sengaja buat-buat tak tahu. Asmahlah orang tengahnya! Bukannya dia tak sudi tapi tak rasa pula nak bercinta. Malah, dia lebih bersyukur kalau mereka berkawan biasa.
Malangnya Anuar tak mahu mengerti. Dah empat semester, dia masih mencuba. Nyata lelaki itu penuh dengan semangat baru-pemburu cinta!
Sebagai insan biasa, akhirnya Munira tewas jua. Keikhlasan dan kejujuran Anuar yang tak jemu-jemu berusaha, menambat hatinya. Dia tak mahu Anuar berusaha lagi. Cukup! Dia akan menamatkan segalanya. Dia akan menerima  Anuar.
Tapi…. Lain pula yang terjadi! Dia ingat lagi masa jamuan itu! Menyakitkan hati…
Pelajar undang-undang Part 5 pada semester kali ini mengadakan jamuan ringan untuk meraikan kajayaan mereka dalam peperiksaan semester lalu. Semua pelajar lulus. Tak ada yang sangkut paper.
Dimajlis itulah Anuar bersikap dingin. Bila ditegur, dia jawab nak tak nak sahaja. Tapi kalau dengan orang lain, perempuan plak tu, amboi… bukan main meriah lagi!
Hati Munira bengkak. Dah kita nak, dia pula jual mahal. Kalau tahu jadi macam nie, tak hingin aku tegur dia!
Munira mendengus keras. Ketika pandangan dialih kemeja Atikah. Dah pukul 1.00! Atikah sudah lama meneroka ke alam mimpi.
Munira tersenyum sendiri. Kalaulah Atikah tahu, malunya aku! Bukannya stay up untuk study, tapi berangan.
Dia bangkit dan menutup lampu. Kemudian tubuh dilontar ke katil. Selimut ditarik hingga menutup kepala. Begitulah tabiatnya kalau nak tidur.
Oh mata tidurlah! Jangan diingat jembalang tanah tu! Sempat dia berdoa sebelum memejamkan mata.
“hoi bangun!”
Munira mengesat-ngesat matanya yang masih mengantuk. Asmah sudah tercegat di sebelah katil.
“apa menyibuk  ni, pagi-pagi lagi dah kacau orang….” Munira bersuara antara dengar dengan tidak.
“teruk punya anak dara, tidur hingga meninggi hari” cemuh Asmah.
“dengki betullah kau nie” rungut Munira. Terpaksa juga dia bangun sebab malas nak dengar suara Asmah yang nyaring tu. Kalau dekat pun bercakap tak ada volume rendah.
“Nira kau okey ke?” balik dari jamuan semalam dia nak bertanya tapi tak berkesempatan. Malam tadi dia nak datang ke bilik Munira tapi dihadang oleh pelajar baru yang ingin tahu tentang selok-belok asrama itu, terpaksalah dia menjawab pelbagai soalan yang budak ini pun satu, tak ada hari lain nak Tanya.
“biasa. Ah, lantak dialah!”
Asmah tersenyum. Betul ke ni?
Munira memandang hanya mencebik. Dia tahu hati Asmah pasti berkata-kata. Hanya Asmah tahu kisahnya dengan Anuar. Asmah pernah member nasihat agar Munira menerima sahaja Anuar. Cuma Munira terlalu ego. Dia buat Anuar tak ubah macam tunggul kayu. Sekarang ni, terimalah musibahnya.
“itulah time dia nak kau tak nak… time dia tak nak kau nak” satu keluhan darimulut Asmah. Munira  yang sudah mengemas katilnya beralih ke meja study. Buku dan nota bersepah disusun
“ tapi akurasa, dia sengaja nak bagi aku rasa apa dia rasa sebelum ini” terpacul kata-kata itu. Munira termenung seketika. Dia menyedari keangkuhanya sebelum ini.
Asmah tergelak. “ha! akhirnya mengaku juga kesilapan sendiri. Kalau tak tue asyik dia jer yang betul…”
Atikah masuk sambil menggosok kepala dengan tuala kecil. “ korang nie tak ada kelas ke?” dia duduk di katil yang belum berkemas.
“ada.. tapi hatu biru ni dating mengacau!” Munira melirik ke Asmah yang memakai baju kurung biru.
“yalah tu. Kalau aku tak dating ada yang tidur sampai esok pagi!” Asmah memerli
“dahlah… layan kau ni. Sampai esok pun tak habis” pantas tangan Munira berlenggang senang dengan baldi pakaiannya.
“tak nak pergi kelas ke?” jerit Asmah melihat Munira berlenggang senang dengan baldi pakaiannya.
“releks la…. Ada lagi setengah jam” selamba sahaja Munira menjawab tanpa menoleh.
“membasuh begitu teruk sekali” suara Mastura memecah kehormonian tempat basuh.
Munira agak terkejut dengan kehadiran yang tak disangka-sangka itu.
“ hei, tak kacau orang tak boleh?” sinis suaranya. Munira biasa benar dengan Mastura, teman sebilik Asmah. Mastura juga tak pernah ambil hati. Dia tahu Munira Cuma bergurau. Malah cara itu serasi dan makin mengeratkan hubungan mereka.
Mastura meletakkan colgate pada berus gigi. Dia berkumur-kumur seketika. Baru dua tiga kali dia menggosok. Munira leka membasuh bersuara.
“masa kau keluar tadi pukul berapa?”
Diam.
“hoi taka de…” Munira berpaling dan dia pula terdiam.
Mastura mencuka. Mulutnya penuh dengan buih putih. Dia berkumur-kumur. “kalau nak bertanya, biarlah kena masanya!” dia menjeling .
“sorry, aku tak perasan!” Munira tersenyum meleret.
“8.45!”
“ha?” Munira tak cakap banyak lagi. Kalut. Dia terus pungut kain baju yang belum berbilas. Nasib baik dah mandi. Pantas pula tangan mencapai berus dan sabun. Dengan langkah seribu dia beredar ke toilet.
“hai, kelam –kabut Nampak” Atikah sengaja menegur.
“ati ni teruklah, bukan nak bagitau Nira dah lambat” rungut Munira perlahan. Baju yang sudah siap disaterika disarung ke badan.
“la, tadi Ati tengok Nira releks aje, malas nak tegur. Tapi lambat tu kan perkara biasa, cepat jer yang jadi luar biasa!” Atikah menjawab selamba.
Tak sampai 10 minit Munira sudah siap. Rambut yang kerinting melepasi bahu di lepas bebas. Bibir comelnya dicalit dengan lipstick, amat nipis. Tapi cukup untuk manaikkan seri wajah! Eyeliner hitam membuatkan matanya semakin galak. Macam manalah jejaka tak terpikat! Tetapi bukan itu tujuan utamanya dia ke sini. Harapan ibu dan ayah untuk melihat dia Berjaya tetap menjadi misi utama!
“amboi mak…ekspress Nampak!”
Munira mencebik seketika dengan teguran Atikah. Jealous juga menengok Atikah sedang mencari siaran radio. “biasalah beb… nak hidup mesti cekap!”
Bila Atikah berpaling, Munira sudah hilang. Dia senyum. Begitulah Munira… kalau ada kelas pagi, tak sah kalau tak kelam –kabut!

BERSAMBUNG.....

No comments:

Post a Comment