Turun dari bas mini, Munira terkocoh-kocoh ke arah bangunan Kajian Perundangan. Sah, aku lambat! Itulah, gatal sangat nak membasuh pagi tadi. Bila malam, malas. Tapi bukan salah aku. Mood nak membasuh dating waktu pagi.risau juga bila tengok baldi dah penuh dengan baju kotor. Sampai tak ada baju nak pakai, baru padan muka!
Sedar-sedar dia sudah sampai. Dia senyum bila terlihat kelibat Asmah dan dua tiga orang rakan lain. Huh! Lega. Asmah terkejut bila bahunya diketuk dari belakang.
“ Datin Rahmah tunda kelas, lewat setengah jam. Nasib kau baik hari ni!” Asmah tersenyum gelihati melihat Munira yang tercungap-cungap mengambil nafas. Mereka berjalan kea rah kelas yang sudah dengar bisingnya dari luar.
Dibahagian belakang kelas kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang membincangkan sesuatu. Begitulah mereka sementara menunggu kedatangan pensyarah. Masa yang ada dihabiskan untuk bersembang. Pelajar perempuan juga tak kurang handalnya kalau membuat bising. Hingar-bingar keadaan dibuatnya bila suara kedua-dua jantina itu bergabung.
“ha, lambat!” jerkah Mustafa sebaik sahaja wajah geng Munira terpacul di muka pintu.
“eleh, tak adalah lambat benar” lancer sahaja Asmah menjawab.
Munira tak menyahut. Memang kebiasaannya begitu. Jika ditegur rakan-rakan lelaki, Asmah saja yang akan menjawab. Munira tak suka menyampuk. Dia Cuma bercakap jika kata-kata itu dituju kepadanya. Kalau sekadar mengusik, biasanya dia akan membalas dengan senyuman sahaja.
“menurut akta kuliah seksyen 13, pelajar yang lambat akan dikenakan hukuman, duduk depan…” irwan ketua kelas pula menyampuk.
Asmah mencebik. “duduk depan? Perkara enteng itu kau suruh? Tak tahu ke… kami ni anak emas lecturer, tak suruh pun pun kami memang nak duduk depan!” ha, kena sebijik. Padan muka.
Irwan buat muka selamba. Terkena aku.
“iyalah tue…” Munira tersengih. Seronok tengok Asmah mengenakan Irwan tapi… tak dapatlah nak lalok kejap lagi.
“apasal toya semacam aje ni?” iskandar sudah tercegat dihadapan meja Munira. Tadi dia seronok bersembang dengan kawan-kawan yang lain, tapi bila Nampak Munira, terus sahaja kawan-kawan ditinggalkan. Bagi Iskandar peluang keemasan seperti itu tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Bukan senang nak berbual dengan Munira. Biasanya Munira Cuma masuk kelas beberapa saat sebelum pensyarah. Budakni mmg juara dtg lewat.
“mmm.. tak ada apa, biasa…” Munira menjawab malas. Dia mmg tak berminat nak berbual.
“nira, lepas kelas ini, kita pergi minum kat kafe nak?”
“malaslah” Munira mengeluarkan nota untuk kuliah hari ini.
“jomlah” iskandar tak putus asa.
Munira mengangkat muka. Seketika, pandangannya menangkap wajah Anuar yang sedang lalu dihadapan mereka. Sempat juga ekor mata Anuar menjeling kea rah mereka berdua. “bagus juga idea Is pergi kafe tu, bolehlah” sengaja dia menguatkan suaranya. Tapi dalam hati, sekelumit pun dia merelakan… Anuar, kiranya kau tahu apa yang bergelodak di hatiku!
Iskandar agak terkejut tapi mendadak juga rasa gembira datang.
“dahlah tue Is… tak sudah-sudah jual minyak” irwan sempat menyindir. Maca, tahu-tahu saja yang bermain dalam kepala Iskandar ketika itu. Iskandar tersenyum kambing.
“nira.esok wan nak wat meeting untuk trip kelas kita. Wan nak minta Nira tlg buatkan kertas kerja bole?”
Munira diam seketika. Banyak kerja lain yang nak dibuat. “ ala, Nira banyak kerjalah, assignment lagi, aktiviti asrama lagi…”
“kau carilah org lain” Iskandar menjeling Irwan.
“tak boleh, aku nak Nira yang buat sebab dalam kelas nie kerja dia aje yang boleh diharap… kemas,tulisan dia pun macam typewriter aku tengok…” Irwan tersengih.
“tak mengapalah, nanti Nira buat” akhirnya Munira mengalah. Orang dah menharap, tak baik menghampakan.
“ha!macam tuelah!” entah bila Anuar berada disitu Munira tak sedar. Tapi yang pasti dia gembira kerana Anuar turut ambil perhatian dengan perbualan mereka! Munira buat selamba supaya kegembiraan itu tidak ketara.
“okeylah, kalau macam tu, tak adalah masalah lagi,” irwan tersenyum puas.
“kawan-kawan, dengar sini..” Anuar berdiri di hadapan kelas. Kelas serta-merta senyap.
“mak datin kita minta maaf banyak-banyak, dia tak dapat datang hari ni sebab anak dia sakit”
Serta merta kelas gamat. Tanpa berlengah, mereka berkemas meninggalkan kelas.
“Aku nak bagi note dekat member, tunggu aku kat luar kelas” tanpa menunggu jawapan Munira, Asmah sudah angkat kaki.
Munira menggeleng melihat perlakuan teman-temannya yang lain. Lecturer tak datang bermakna enjoy. Munira pula sejak tadi meleret senyumannya. Tapi bila terpandang Anuar dia kagum. Wajah Anuar jelas tampak kesal. Tentu dia rasa rugi kerana tak ada lecture hari ini. hai… pelajar berwibawa, begitulah lagaknya!
“tak baguskan kalau selalu lecturer tak datang”
Munira terkejut. Tak sangka Anuar perasan dia sedang memerhatikannya. Terkulat-kulat dan tersipu-sipu dia seketika. “err… bagus jugak, boleh balik tidur!” dia cuba berlawak. Wajah Anuar lansung tak dipandang. Dengan menggalas beg sandang dan mengepit fail, dia berlalu.
“eh Nira kata nak ke kafe tadi?” Iskandar menegur dari belakang.
Munira jadi serba-salah. “err…alah, Nira mintak maaf bnyak2 Is. Nira rasa tak sedap badan” sebenarnya dia memang tak berniat nak minum bersama Iskandar. Kata-katanya tadi semata-mata untuk melihat reaksi Anuar, tak lebih dari itu.
“lain kali okey” Iskandar jungkit bahu sambil sentum tawar. “Nira baliklah rest”
Senang hati Munira mendengar jawapan Iskandar. Cepat-cepat dia menariklengan Asmah.
“lain kali kalau tak nak jangn berjanji…. Tuhan balas tau” tegur Asmah.
“bukan apa As, Nira malas nak layan dia sebab As tahu-tahu ajelah, kan Harlina tu minat bebenar kat dia… nanti apa plak kata Si Lina tu.”
Asmah diam. Dia mengakui kebenaran itu. Harlina memang sudah lama berkenankan Iskandar. Dia tak segan-segan menceritakan pada Munira dan Asmah. Takkan nak potong jalan kawan sendiri. Harlina tentu menyinga.
“woi”
Sergahan Asmah membuat Munira tersengih. Lamunan singkatnya tadi membuatkan dia lansung tak perasan mereka sudah sampai di hadapan Asrama.
BERSAMBUNG.......................
No comments:
Post a Comment