Showing posts with label kisah cinta KITA.... Show all posts
Showing posts with label kisah cinta KITA.... Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

kisah aku dan SIDIA....(*_*)

assalamualaikum...
why my entry mcm tue ek tajuk dia???????????????????????????????????????????
ha..ha.. cbnrnya aku tak pernah terpikir pun nak cter pasal si dia...
coz bg aku PERJALANAN kami masih panjang...
dan aku bukanlah insan sempurna untuk dia....
jd harapan tue aku cuma taruh dalam hati jerlah...tak salahkan kalau ada angan2 apatah lg jika ia membawa kebaikan...


cbnrnya.. aku sangat2 HAPPY to see his face.... pas exam...  tngok muka insan yg anda syg depan mata anda... n tersenyum dekat anda.. what you feel?????????????? klau korang mstilah biasa jika bf korang sentiasa ada dpn mata.. tp bg aku yg klau ada "masa" baru jumpa.. mstilah excited.. klau bleh nak jerit satu dunia kata kegembiraan aku....yes... aku sangat2 HAPPY... apatah lg setelah penat sidia drive ke Penang.. semata-mata ingin jumpa aku n luangkan masa ngan aku... thanks dear awak buat saya  btul2 terharu.... ha..ha...


semalam lepak kat PERLIS dengan si dia... cantik btul kg dia.... so NICE... tngok rumah tok dia... tngok bandar KANGAR... pie PADANG BESAR....cantik sangat... paling best i got stich..... comel sangat.....thanks.... n masa perjalanan balik singgah tngok laut... cantik sangat permndangan tengok matahari terbenam....


kenangan tersebut tak mungkin aku lupa... aku  my be masih tak tahu adakah "dia" insan diutus TUHAN untukku..kerna dia masih tak memberi aku satu tanda yg PASTI... tp aku tahu jika aku berdoa dan mengangankan satu yg INDAH dengan dia tak salahkan... walau aku tahu pasti kat luar sana beratur girls lain nakkan dia.. walau aku tahu aku tak cukup SEMPURNA untuk dia.. terlalu bnyak KEKURANGAN....


pada HATI: aku selalu kata SABAR....pd diri kukata.. kalau "dia" bukan insan diutus TUHAN.. redha ajer... mungkin ada yg lebih baik.. tp yg penting doa agar TUHAN lembutkan hati dia untuk terima aku apa adanya....:) hanya itu KISAH AKU DAN SIDIA... kisah kami tak sehebat kisah mumtaz dan shah jehan... tak sesedih  kisah romeo dan juliet.. mungkin tak sesuci kisah Rasulullah dan Siti Khadijah....mungkin juga tak seromantik cerita cinderella dan puteranya... tp aku ingin kisah kami spt beauty n beast... walau aku bukan beauty tp aku mahu jd HATI secantik beauty... bisa merubah Beast yg begitu pemarah dan begitu ego....(*_*)

Wednesday, March 2, 2011

kepada yg menjadi pendamping ku kelak......

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 


edit from:  
http://www.facebook.com/NURJANNAHJANNAH57

*maaf bila ku tak sempurna.. cinta ini tak mungkin ku jaga... ayat2 cinta bercerita... cintaku padamu....