Assalammualaikum….
Petikan ini ku ambil dari akhbar metro…. Pada 13 mei 2011… dari Datuk Mohd Zawawi Yusof….
Ku ambil petikan ini kerana aku juga mempunyai seorang ibu… yg menyayangi aku sepenuh hati…
Tp aku anaknya sering menyakitinya…..
Ini satu LUAHAN HATI IBU……
Suatu ketika dulu doctor dtg mnyampaikan khabar gembira kehamilanku, diri ini bercampur rasa gembira dan bahagia. Semenjak berita gembira itu, aku membawamu kemana-mana saja selama sembilan bulan…
Tidur, berdiri, makan dan bernafas dalam kesulitan tetapi semua itu tidak mengurangi cinta dan kasih sayangku terhadapmu bahkan ia tumbuh bersama berjalannya waktu….
Aku mengandungkanmu, wahai anakku! Aku begitu gembira tatkala berasakan melihat terajang kakimu dan balikan badanmu diperutku..
Aku berasa puas setiap aku menimbang diriku kerana semakin hari semakin bertambah berat perutku beerti engkau sihat dalam rahimku….
Penderitaan yg berpanjangan menderaku, sampailah saat itu ketika fajar pada malam berkenaan aku tidak dapat tidur atau memejamkan mataku barang sekejap….
Aku berasakan sakit tidak tertahan dan rasa takut yg tidak dapat dilukiskan. Sakit it uterus berlanjutan sehingga membuatku tidak dapat lagi menangis.
Sebanyak itu aku melihat kematian menari-nari di pelupuk mataku sehingga tiba waktunya engkau keluar ke dunia. Engkau pun lahir….tangisanku bercampur dengan tangisanmu….
Semua itu, sirnakeletihan dan kesedihan. Hilang semua sakit dan penderitaan malah kasihku padamu semakin bertambah dan bertambah…
Aku peluk dan cium dirimu sebelum meneguk satu titis air yg ada dikerongkongku… wahai anakku… sudah berlalu tahun daripada usiamu, aku membawamu dengan hatiku dan memandikanmu dengan kedua-dua tangan kasih sayangku…
Sari pati hidupku kuberikan padamu.. aku tidak tidur demi tidurmu…. Berletih demi kebahagiaanmu….harapanku agar setiap hari agar aku melihat senyummu…
Kebahagiaanku setiap saat adalah celotehmu dalam meminta sesuatu agar aku buat sesuatu untukmu…. Itulah kebahagiaanku….
Kemudian berlalulah waktu… hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun….selama itu aku setia menjadi pelayanmu yang tak pernah lalai, menjadi dayangmu yang tak pernah berhenti dan menjadi pekerjamu yang tak pernah mengenal lelah serta mendoakan selalu kebaikan dan taufik untukmu…..
Aku selalu memperhatikan dirimu hari demi hari sehingga engkau menjadi dewasa.badanmu yg tegap, kumis dan berjambang tipis menghiasi wajahmu menambah ketampananmu…
Takkala aku mulai melirik ke kiri dan ke kanan demi mncari pasaangan hidupmu. Semakin dekat hari perkahwinanmu, semakin dekat pula hari kepergianmu…
Saat itu aku mula rasa terhiris, airmataku mengalir, entah apa rasanya hati ini. bahagia bercampur dengan duka, tangis bercampur dengan tawa.
Bahagia kerana engkau mendapat pasangan dan sedih kerana engkau penglipur hatiku akan berpisah denganku. Waktu berlalu seakan-akan menyeret nya dengan berat…
Kiranya setelah perkahwinan itu aku tidak lagi mengenal dirimu, senyummu yg selama ini mnjadi penglipur duka dan kesedihan, sekarang sirna bagai matahari ditutupi kegelapan malam…
Tawamu selama ini kujadi buluh perindu, sekarang tengelam spt batu yg dijatuhkan kedalam kolam yg hening dengan dedaunan yg berguguran..
Aku benar-benar tidak mengenalmu kerana engkau sudah melupakanku dan melupakan hakku. Terasa lama hari-hari yg kulewati hanya ingin melihat rupamu…
Detik demi detik aku hitung demi mendengar suaramu. Akan tetapi penantian kurasakan sangat panjang. Aku selalu berdiri di pintu hanya untuk melihat dan menanti kedatanganmu….
Setiap kali berderit pintu aku menyangka engkaulah yg datang itu. Setiap kali telefon bordering aku rasa engkaulah yg menelefon…
Setiap suara kenderaan yg lewat aku rasa engkau yg dtg. Akan tetapi semua itu tidak ada. Penantianku sia-sia dan harapanku hancur berkeping.
Yang tersisa hanya kesedihan daripada semua keletihan yg selama ini kurasakan. Sambil menangisi diri dan nasib yg mmg ditakdirkan oleh-Nya…
Anakku… ibumu ini tidak meminta bnyk dan tidak menagih kpdmu bukan-bukan. Yg ibu minta, jadikan ibumu sahabat dalam kehidupanmu.jadikan ibumu yg malang ini pembantu dirumahmu, agar dapat juga aku menatap wajahmu, agar ibu teringat hari-hari bahagia masa kecilmu….
Dan ibu memohon kpadamu: nak, jangan engkau memasang jerat permusuhan denganku. Jang buang wajahmu ketika ibu hendak memandang wajahmu…
Yg ibu tagih kpdmu, jadikanlah rumah ibumu satu persinggahanmu agar engkau dapat sekali-kali singgah disana sekalipun hanya satu detik…
Jangan jadikan ia sbg tempat sampah yg tidak pernah engkau kunjungi atau sekiranya terpaksa engkau datangi sambil engkau tutup hidungmu dan engkau berlalu pergi…
Wahai anakku, setiap kali aku mendengar engkau bahagia dengan hidupmu, setiap itu bertambah kebahagiaanku.. bagaimana tidak, engkau buah daripada kedua-dua tanganku, engkau hasil keletihanku….
Engkaulah laba dari semua usahaku.. kiranya dosa apa kuperbuat sehingga kau jadikan diriku bebuyutanmu???????? Pernahkah aku membuat khilaf dalam salah satu waktu selama bergaul denganmu atau pernahkah aku berbuat lalai dalam melayanimu???????????
Wahai anakku, aku hanya ingin melihat wajahmu dan aku tidak menginginkan yg lain. Wahai anakku! Hatiku terhiris, airmataku mengalir sdg engkau sihat…
Orang sering mengata engkau lelaki baik, dermawan dan berbudi… anakku… tidak tersentuhkah hatimu terhadap seorang wanita tua yg lemah, tidak terenyuhkah jiwamu melihat org tua renta ini, ia binasa dimakan rindu, berselimutkan kesedihan dan berpakaian kedukaan…
Bukan kerana apa-apa??? Akan tetapi kerana hanya kerana engkauberhasil mengalirkan airmatanya… hanya kerana engkau membalasnya dengan luka dihatinya…hanya kerana engkau pandai menikam dengan belati derhakamu tepat menhujam jantungnya..hanya kerana engkau berhasil pula memutus tali siratulrahim….
Wahai anakku, ibumu inilah sbnrnya pintu syugamu. Maka titilah jambatan itu menujunya, lewatilah jalannya dengan senyuman manis, pemaaf dan balas budi yg baik….semoga aku bertemu denganmu disana dengan kasih sayang Allah spt hadis : “sekiranya engkau mahu maka sia-siakanlah pintu itu atau jagalah!” ( hadis riwayat Ahmad). Akan tetapi anakku, mungkin ada satu hadis yg terlupakan olehmu… satu keutamaan besar kamu lalai iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W mulia bersabda: daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu berkata:aku bertanya kpd RASULULLAH S.A.W “ wahai Rasulullah amal apa yg paling mulia?”
Beliau berkata “ solat pd waktunya”, aku bertanya. “kemudian apa wahai Rasulullah?” beliau berkata “berbakti kpd kedua-dua org tua” dan aku bertanya: “kemudian wahai Rasulullah?” beliau menjawab jihad di jalan Allah” kemudian beliau diam…
Anakku yg aku cemaskan terhadapmu, yg aku takutkan bahawa jangan-jangan engkau yg dimaksudkan Nabi S.A.W dalam sabdanya: “ merugikan seseorang , merugikan seseorang, merugikan seseorang” Rasulullah ditanya: “ siapa dia wahai Rasulullah?” baginda menjawab “ orang yg mendapat kedua-dua ayah ibunya ketika tua dan tidak memasukkan ke syurga”…( hadis riwayat MUSLIM)
Anakku… aku tidak akan angkat keluhanku ke langit dan aku tidak adukan duka ini kepada Allah kerana sekiranya keluhan ini membumbung menebus awan, melewati pintu langit maka akan menimpamu kebinasaan dan kesengsaraan yg tidak ada ubatnya serta tidak ada tabib yg dapat menyembuhnya….
Aku tidak akan melakukannya, nak… bagaimana aku melakukan sdgkan kau jantung hatiku….bagaimana ibumu ini kuat menadah tangan ke langit sdgkan kau adalah penglipur laraku…
Bagaimana ibu tegar melihatmu merana kerana doa mustajab, padahal engkau bagiku adalah kebahagiaan hidupku… bangunlah nak, uban sudah mulai merambat
No comments:
Post a Comment